Selasa, 14 Mei 2013

GreenLex-Herba Tradisional


B2301 / NB2303 - GREENLEX ORGANIC SPIRULINA
RM77.00WM RM78.00EM
250 TABLET KUNYAH PER BOTOL

Makanan Lengkap yang Kaya Nutrien

  • Setiap tablet mengandungi 200 mg Spirulina platensis Disahkan Organik.
  • Spirulina Disahkan Organik.
  • Makanan Lengkap Kaya Nutrien dan Seimbang.
  • Sistem Kawalan Kualiti yang Ketat.
  • Mudah dan Tersedia untuk Dicernakan.

  • GREENLEX ORGANIC SPIRULINA diperbuat daripada Spirulina platensis yang ditanam secara organik, yang bebas daripada sebarang racun rumpai, racun serangga, baja sintetik dan sebarang pencemaran atau bahan pencemar. Spirulina mengandungi kepekatan tinggi nutrien penting dan elemen surih penting seperti beta karotena, vitamin B12, klorofil, selenium, zink, kromium, besi dan mangan, tetapi rendah kandungan natrium. Spirulina juga kaya protein lengkap yang mengandungi semua asid amino penting dan asid gama-linolenik (GLA) iaitu asid lemak penting yang diperlukan bagi nutrien manusia.                         
    GREENLEX ORGANIC SPIRULINA adalah daripada spesis tulen spirulina platensis yang ditumbuh dengan air mineral bebas pencemaran melalui fotosintesis semula jadi bagi mencakupi nutrien organik dengan menggunakan peralatan moden dan bioteknologi mikroalga termaju. Kawalan ketat dilaksanakan pada setiap proses bagi memastikan produk ini memenuhi piawaian kualiti yang telah ditetapkan. Dihasilkan dalam bentuk tablet kunyah yang lebih kecil dan lebih kompak, ia ideal untuk yang muda dan tua. Spirulina yang digunakan mengandungi 70% protein mudah cerna.
     
     
     
     
     
     
    NC2701 - GREENLEX MEMO COMPLEX
    RM73.00WM RM74.00EM
    60 KAPSUL PER BOTOL
    Formulasi Menyeluruh Untuk Kesihatan Am

  • Produk penyelidikan saintifik terkini bagi herba tradisional. Mengandungi ramuan untuk mengekalkan kesejahteraan umum.
  • Menggunakan ramuan berkualiti tinggi daripada sumber baik yang sedia ada.
  • Melancarkan peredaran darah.
  • Formulasi GREENLEX MEMO COMPLEX terdiri daripada BacoMind®, ekstrak herba Bacopa yang berdaftar, ekstrak Ashwagandha dan ekstrak daun Ginkgo yang dikenali untuk memperbaiki peredaran darah. Ramuan-ramuan ini disatukan untuk bertindak secara sinergi dan membantu menyelenggarakan kitaran periferal, menggalakkan kesihatan dan kesejahteraan umum.

  • BacoMind® adalah ekstrak herba Bacopa berdaftar yang diperolehi daripada tumbuhan Bacopa monnieri Linn. Bacopa monnieri adalah salah satu daripada pokok berubat yang berharga dalam rawatan Ayurveda dan telah digunakan secara tradisional untuk lebih 3000 tahun. Ia dipiawaikan secara kimia dengan 9 sebatian bio-aktif berbeza.
  • Ekstrak Ashwagandha juga dikenali sebagai Withania somnifera Dunal (keluarga: solanaceae). Seringkali dirujuk sebagai “Ginseng India”di dalam rawatan Ayuveda. Ekstrak Ashwagandha bertindak sebagai penyesuai yang membantu menguatkan keupayaan tubuh menghadapi stres, memupuk kerehatan dan kepekaan serta merangsang kecergasan dan kekuatan.
  • Ekstrak daun Ginkgo digunakan secara tradisional untuk memperbaiki peredaran dan aliran darah. Pengunaan perubatan ginkgo biloba tercatat sejak 2800 Sebelum Masihi di dalam penulisan Cina.





  • NC2702 - GREENLEX I-COMPLEX
    RM124.00WM RM125.00EM
    60 KAPSUL PER BOTOL
    Diformulasi untuk mata yang sihat

  • Produk penyelidikan saintifik terkini bagi herba tradisional. Mengandungi ramuan untuk mengekalkan kesihatan mata.
  • Menggunakan ramuan berkualiti tinggi daripada sumber baik yang sedia ada.
  • Diformulasikan agar bertindak secara sinergi: kebaikan ramuan dipertingkatkan kerana kehadiran ramuan-ramuan lain.
  • Sesuai bagi semua peringkat usia, muda dan tua.
  • GREENLEX I-COMPLEX diformulasi berasaskan sains nutrisi bagi membantu individu memperolehi nutrisi secukupnya yang diperlukan setiap hari bagi penglihatan yang sihat. Ia mengandungi ekstrak piawai daripada buah Bilberi, bunga Marigold, buah kelapa sawit, biji anggur dan lada hitam yang mengandungi sejumlah fitokimia, terutamanya sebatian flavonoid yang membantu melindungi sel daripada kerosakan yang disebabkan oleh radikal bebas dan memainkan peranan penting bagi mengekalkan kesihatan mata yang umum.

  • Ekstrak Buah Bilberi mengandungi kepekatan flavonoid tinggi yang dikenali sebagai antisianosida. Fitonutrien ini menunjukkan aktiviti antioksidan menakjubkan yang dikaitkan dengan kesihatan mata.
  • Ekstrak Bunga Marigold mengandungi banyak sebatian antioksidan berharga yang dikenali sebagai lutein iaitu komponen utama bagi makula, kawasan di dalam retina mata manusia. Paras lutein yang sihat juga membantu mengatasi kemerosotan beransur-ansur makula daripada menua dan tercetusnya degenerasi makular yang diakibatkan oleh peningkatan usia (AMD).
  • Ekstrak Buah Kelapa Sawit Caromin® mengandungi karotenoid semula jadi, yang diekstrak daripada minyak / buah kelapa sawit mentah (Elaeis guineensis). Selain kandungan tertinggi alpha-karotena, ia juga mengandungi campuran karotenoid lain seperti beta-karotena, gama-karotena dan likopena yang biasa ditemui di dalam buah-buahan dan sayur-sayuran. Kombinasi karotenoid dalam perkadaran semula jadi dan kesan sinerginya berkemungkinan dapat memberikan banyak kesan berfaedah kepada kesihatan berkenaan karotena, salah satunya adalah menggalakkan kesihatan mata.
  • Ekstrak Biji Anggur adalah sumber OPC (Oligomeric Proanthocyanidins) berkepekatan tinggi, sejenis antioksidan yang melindungi sel daripada kerosakan radikal bebas.
  • Ekstrak Lada Hitam adalah ekstrak piawai daripada buah Piper nigrum L (lada hitam) atau Piper longum L (lada panjang). Ia mengandungi piperine berkepekatan tinggi.
  • Tiada ulasan:

    Catat Ulasan